Monday, 21 October 2013

PENGENDALI TAKAFUL BERDAFTAR DI MALAYSIA

Terdapat sebanyak 12 pengendali Takaful yang berdaftar di Malaysia.Kesemua Operator Takaful berdaftar ini telah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Garis Panduan ini terdapat pada Akta Takaful 1984.

Berikut adalah senarai pengendali Takaful mengikut turutan abjad.

  1. AIA PUBLIC TAKAFUL BHD (formerly known as ING Public Takaful Ehsan Berhad)
  2. AIA AFG TAKAFUL BERHAD
  3. AMFAMILY TAKAFUL BERHAD
  4. ETIQA TAKAFUL BERHAD
  5. GREAT EASTERN TAKAFUL SDN. BHD
  6. HONG LEONG MSIG TAKAFUL BERHAD
  7. HSBC AMANAH TAKAFUL (MALAYSIA) SDN BHD
  8. MAA TAKAFUL BERHAD
  9. PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD
  10. SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD
  11. SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD (formerly known as CIMB Aviva Takaful Berhad)
  12. TAKAFUL IKHLAS SDN BHD
Jadi kepada rakyat Malaysia, nilailah dan pilihlah Syarikat Takaful yang terbaik untuk anda. Pilihan di tangan anda.

Sunday, 20 October 2013

PUSAT PERKHIDMATAN DAN PEMBAYARAN PRUBSN

HQ
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD
Brand and Communications
Level 8A, Menara Prudential
No.10 Jalan Sultan Ismail 
50250 KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD
Jalan Wangsa Delima 10
D'Wangsa
53300 Wangsa Maju
KUALA LUMPUR

SELANGOR
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD
Ground Floor, No. 4-G
Jalan Opera LU 2/L
Jalan TTDI Jaya
Section U2
40150 Shah Alam 
SELANGOR

JOHOR
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD
No.38-G, Jalan Austin Perdana 3/10
Taman Austin Perdana
81100 Johor Bahru
JOHOR

MELAKA
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD
Lot no. 12, Jalan Melaka Raya 8
Taman Melaka Raya
75000 MELAKA

KEDAH
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD
Jalan Perdana Heights 1/2
08000 Sungai Petani
KEDAH

KELANTAN
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD
Lot No. 323, Ground Floor, Seksyen 12
Jalan Pengkalan Chepa
15200 Kota Bharu
KELANTAN

IPOH
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD
No.16,Persiaran Greentown 4,
Greentown Avenue
30450 Ipoh
PERAK

SABAH
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD
Lot No. 11, Ground Floor, Block L
Lorong KK, Taipan-3, KK Taipan,
Phase 3, Inanam
New Township
88450 Kota Kinabalu 
SABAH
 

ASAS YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI INSURANS DAN TAKAFUL

Insurans 
Adalah pemindahan risiko oleh seseorang individu atau sesebuah organisasi yang dikenali sebagai pemegang polisi kepada syarikat insurans. Sebagai balasan, syarikat insurans menerima pembayaran dalam bentuk premium. Sekiranya pemegang polisi menanggung kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan terhadap kerugian atau kerosakan tersebut.
Terdapat 2 jenis insurans, iaitu insurans hayat dan am:           
  • Insurans Hayat
    • Menginsuranskan anda atau hayat anda terhadap sebarang musibah sehingga ke suatu amaun tertentu (amaun diinsuranskan)
    • Tempoh perlindungan biasanya lebih dari setahun dan memerlukan pembayaran premium secara berkala-bulanan, suku-tahunan atau tahunan.
    • Risiko yang dilindungi:
      • kematian dalam tempoh polisi
      • pendapatan semasa persaraan
      • penyakit
      • hilang upaya
    • Produk Utama:
      • polisi seumur hidup
      • polisi endowmen
      • polisi bertempoh
      • polisi berkaitan pelaburan
      • polisi anuiti
      • polisi perubatan dan kesihatan
  • Insuran Am
    • Menginsuranskan anda terhadap kerugian atau kerosakan selain daripada yang ditawarkan oleh perniagaan insurans hayat
    • Tempoh perlindungan selalunya setahun yang biasanya memerlukan pembayaran premium sekaligus
    • Risiko yang dilindungi
      • Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta atau kebakaran rumah
      • Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh anda
      • kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaan
    • Produk utama
      • polisi kenderaan bermotor
      • polisi kebakaran/empunya rumah/isi rumah
      • polisi kemalangan diri
      • polisi perubatan dan kesihatan
      • polisi marin, udara dan transit

TAKAFUL
Takrifan Takaful adalah sebagai tindakan sekumpulan individu yang berhasrat untuk saling menjamin antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut dari kerugian atau kerosakan yang mungkin menimpa ke atas salah seorang daripada mereka.
CIRI-CIRI UTAMA OPERASI TAKAFUL
  1. Pihak syarikat atau pengendali takaful bukanlah pihak yang menanggung risiko tetapi pesertalah yang saling menjamin dan bersetuju melindungi antara satu sama lain.
  2. Syarikat bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak beserta dalam usaha untuk menguruskan operasi perniagaan takaful.
  3. Semua sumbangan(premium) yang dibayar oleh peserta akan dikumpulkan ke dalam KUMPULAN WANG TAKAFUL bagi tujuan pembayaran manfaat takaful.
  4. Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam mana-mana bidang pelaburan yang diluluskan oleh Majlis Syariah.
Takaful boleh disimpulkan sebagai satu bentuk alternatif kepada insurans konvensional.  Operasi perniagaan Takaful bertindak sebagai salah satu pemain kewangan Islam dalam pasaran ekonomi sama juga seperti perbankan islam yang lain.
Pengguna mempunya hak untuk memilih jenis produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka berkaitan kewangan dan perlindungan dalam aspek pendidikan, perubatan, kesihatan dan pelaburan.
 CIRI-CIRI UNIK TAKAFUL
1. KONSEP DERMA IKHLAS atau 'TABARRU'
Dalam kontrak Takaful, apa yang dimaksudkan dengan Tabarru' ialah sejumlah tertentu derma ikhlas yang dibuat oleh peserta bagi tujuan yang tertentu seperti dinyatakan dalam perjanjian atas semangat persaudaraan dan saling bekerjasama. Dana ini akan digunakan untuk membantu ahli yang ditimpa musibah.
Tanpa konsep derma, urusniaga akan bersifat jualbeli insuran iaitu membeli janji bahawa beberapa bentuk manfaat akan dibayar sekiranya peserta menghadapi nasib malang.
Peserta mesti sedar bahawa sumbangan ikhlas yang dihulur bukan sahaja membolehkan dirinya dan saudara-saudaranya yang lain diberi perlindungan, malah ia juga akan diberi ganjaran di akhirat kelak.

2.PERKONGSIAN LEBIHAN (KEUNTUNGAN)
Satu ciri unik bagi pelan takaful adalah perkongsian lebihan dana antara anda dengan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.
  • Lebihan tersebut diperoleh setelah ditolak belanja seperti tuntutan,takaful semula, rizab teknikal dan belanja pengurusan
  • Anda layak berkongsi lebihan ini sekiranya anda tidak membuat apa-apa tuntutan dalam tempoh takaful.
2.PELABURAN PATUH SYARIAH
Sebagai langkah memastikan pematuhan prinsip-prinsip Syariah:
  • Penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk memberi nasihat kepada pihak pengurusan dan memastikan bahawa aktiviti-aktiviti pengendali Takaful mematuhi prinsip-prinsip Syariah
  • Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan bagi Perbankan Islam dan Takaful telah ditubuhkan di Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi nasihat kepada BNM tentang aspek-aspek Syariah bagi operasi institusi perbankan Islam dan pengendali-pengendali takaful serta produk dan perkhidmatan mereka.

CARTA ALIRAN KEMASUKAN KE WAD


Wednesday, 25 September 2013

CLAIM ANDA DITOLAK? TIDAK BOLEH CLAIM? KENAPA??

Kenapa tidak boleh Claim?

Selalu kita terdengar cerita-cerita yang mengatakan insurans atau Takaful ni susah nak claim, terlalu leceh, penipu dan sebagainya. Mungkin juga anda salah seorang yang memang mengalami sendiri pengalaman ini di mana anda gagal membuat sebarang tuntutan dan akhirnya membuat keputusan untuk berhenti sahaja dari menyimpan di Insurans/Takaful. Hakikat ini sememangnya di fahami kerana pemegang akaun akan tertipu,marah dan merasakan menyimpan di akaun ini sebagai perkara yang sia-sia sahaja.
Ada juga saya menerima pertanyaan yang berkaitan dengan perkara ini sepanjang karier saya sebagai perunding Takaful. Dapat saya simpulkan disini bahawa terdapat 4 faktor utama kenapa pemegang akaun insurans atau takaful gagal mendapatkan tuntutan (claim) mereka.

1) Polisi atau Sijil lapsed
Polisi boleh jadi lapsed apabila pemegang polisi atau sjil gagal membayar caruman dalam tempoh yang di tetapkan. Selalunya tempoh ini bergantung kepada kekerapan bayaran (bulanan,kuarter,dwi-tahunan dan tahunan) dan nilai tunai yang ada dalam akaun tersebut.Semakin sedikit nilai tunai, semakin cepat polisi menjadi lapsed. Apabila polisi lapsed,ia tidak lagi berfungsi melindungi pemegang akaun seperti yang sepatutnya. Umpama tayar simpanan kenderaan,walaupun sentiasa di bawa bersama kereta, tapi tidak akan berguna jika tiada angin (biasalah, siapa yang selalu check tayar spare?...) .Oleh itu, sebelum anda membuat sebarang claim atau ingin menggunakan kemudahan kad perubatan, pastikan polisi atau sijil anda masih aktif. Jika tidak, sudah pasti claim anda akan di tolak begitu sahaja.

2) Akaun tidak komprehensif
Terdapat pelbagai jenis plan insurans atau takaful di pasaran.Pelan-pelan ini mempunyai objektif yang berbeza mengikut keperluan pengguna. Ada pelan yang hanya memberikan perlindungan Kemalangan Peribadi (PA), Insurans nyawa, Penyakit kritital dan yang komprehensif.
Ramai yang silap faham atau tidak mengambil tahu apa jenis perlindungan yang ada di dalam akaun insurans/Takaful mereka. Oleh itu tidak hairanlah apabila tuntutan bil hospital ditolak kerana akaun insurans yang di ambil tidak mempunyai perlindungan hospital seperti Kad Perubatan dan sebagainya. Oleh itu, apabila anda mengambil sesuatu pelan Insurans atau Takaful, sila fahami dengan sebaiknya apa jenis perlindungan yang diberikan. Sebaik-baiknya, ambillah yang komprehensif dimana manfaat perlindungan menyeluruh meliputi :
a) Kematian/Lumpuh sepenuhnya
b) Penyakit Kritikal
c) Kemalangan
d) Kemudahan Penyelesaian Bil Hospital yang tinggi akibat apa-apa sahaja penyakit

3) Gagal mengisytiharkan maklumat cadangan dengan sempurna
Syarikat insuran tidak mengenali anda dan tidak mengetahui samada anda adalah seorang yang berisiko rendah atau sebaliknya untuk di insuranskan. Oleh sebab itu, semasa memohon sesuatu insuran/takaful, pelanggan di kehendaki mengisytiharkan segala maklumat peribadi dan maklumat berkenaan keadaan kesihatannya dengan sebaik mungkin. Syarikat insuran akan menerima permohonan berdasarkan maklumat tersebut. Oleh itu, jika berlaku sebarang kecuaian (samada secara sengaja atau tidak) ataupun penipuan semasa pengisytiharan maklumat kesihatan, boleh menyebabkan tuntutan di tangguhkan atau di tolak. Dalam sesetengah keadaan syarikat juga berhak membatalkan polisi dan memulangkan semula segala caruman yang telah di bayar.

4) Tempoh menunggu
Sesuatu polisi biasanya mempunyai tempoh menunggu tertentu sebelum ia boleh melindungi peserta daripada sesuatu risiko. Sebagai contoh, Kad Perubatan hanya akan membayar kos rawatan penyakit batu karang selepas 120 hari ia dikeluarkan. Jika peserta dimasukkan ke hospital sebelum tempoh tersebut, syarikat berhak untuk menolak tuntutan yang dibuat. Oleh itu, bagi yang masih bertangguh-tangguh untuk mengambil insuran/takaful, buatlah keputusan segera kerana kita tidak dapat menjangka bila kita akan memerlukannya. Jangan sampai di sebabkan sikap kita yang suka bertangguh, kita tidak dapat membuat tuntutan hanya kerana polisi insurans/takaful kita tidak cukup tempoh menunggu 1 hari!.

5) Pengecualian
A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan penyakit wanita (e.g. breast cancer), bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya
(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).

B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition".

Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.

Jika insiden ini pernah berlaku pada anda, cuba anda semak dan belek semula polisi/sijil anda, kenapakah tuntutan anda ditolak?. Kemungkinan besar adalah disebabkan salah satu faktor diatas. 

Oleh itu, disarankan untuk memahami pelan perlindungan yang anda mahukan dan periksa semula polisi insuran/Takaful sebaik sahaja ia sampai ke tangan anda. 
HAK ANDA, KEUTAMAAN KAMI.

TAHUKAH ANDA? 36 Penyakit Kritikal Yang Dilindungi Manfaat TAKAFUL

36 Penyakit Kritikal
Di bawah sini saya senaraikan antara 36 penyakit-penyakit yang dianggap kritikal oleh Prudential yang membolehkan pemegang polisi mendapat manfaat ‘Auto Saving’ bagi pihak diri dan keluarga. Penerangan yang sedikit teliti ini memerlukan pendapat pakar perubatan untuk sesetengah istilah-istilah perubatan.

1. Serangan Penyakit Jantung.
Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-
i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan
iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.

Diagnosis berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung.

Angina juga dikecualikan secara khusus.

2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan.
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.

3. Strok.
Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.

Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule.

4. Kanser.
Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histology malignan.

Keadaan-keadaan berikut adalah terkecuali :-
i. Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;
ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;
iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;
iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;
vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).

5. Kegagalan Ginjal ( Buah Pinggang )
Kegagalan ginjal di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.

6. Penyakit Kelumpuhan / Paraplegia
Hilang keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelupuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu.

7. Pemindahan Organ Utama.
Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-
i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang

8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang.
Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-
i. Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
ii. Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
iii. Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenat atau semakin pulih.

9. Hepatitis Virus Fulminan.
Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.

Kriteria diagnostic yang perlu ada ialah :-
a. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
b. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
c. Penyakit kuning yang teruk.
Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostic.

10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama.
Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.

11. Koma. 
Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi. 
Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alcohol adalah terkecuali.

12. Buta.
Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.

13. Penggantian Injap Jantung.
Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula.

Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.

14. Pembedahan Aorta.
Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.

15. Penyakit Alzheimer.
Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.
Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.

16. Hilang Pendengaran / Pekak.
Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.

17. Hilang Percakapan.
Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 ) bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak)

Kesemua sebab-sebab berkaitan psikiatrik adalah terkecuali. 
18. Kebakaran Parah. 
Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.

19. Penyakit Membawa Maut.
Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.

20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah.
Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-
i. Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii. Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
iii. Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.

Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.

21. Penyakit Motor Neuron.
Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.

Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurology.

22. Penyakit Parkinson.
Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan :-
i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.

Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.

23. Penyakit Hati Kronik.
Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-
- Penyakit kuning kekal;
- Askit;
- Ensefalopati;
- Hipotensi portal.
Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali. 
24. Penyakit Paru-paru Kronik.
Kegagalan system pernafasn di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.
Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-
i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
ii. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
iii. Disponea ketika berehat.

25. Anaemia Aplastik.
Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :- 
i. Transfusi produk darah secara berkala. 
ii. Agen perangsang sum-sum. 
iii. Agen imunosupresif. 
iv. Pemindahan sum-sum tulang.

26. Distrofi Otot.
Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
i. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
ii. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
iii. Elektromiogram sifatan
iv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.

27. Poliomielitis.
Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.
28. Meningitis Bekteria. 
Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.

iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.

iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.

vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.
29. Tumor Otak Benigna. 
Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.
Perkara-perkara berikut adalah dikecualikan :-
i. Sista;
ii. Granulomas;
iii. Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak;
iv. Haematomas;
v. Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
vi. Tumor saraf akustik.

30. Eusefalitis.
Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.

iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.

iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.

vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology. 

31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya. ( Full Blown AIDS )
Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody HIV ( Human Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada criteria berikut :-

i. Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wasting syndrome);
ii. Kaposi Sarcoma;
iii. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
iv. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
v. Tuberculosis Aktif;
vi. Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
vii. Malignant Lymphoma.

Dalam kes tuntutan kecuali untuk PRUpayor basic, PRUspouse payor basic, PRUparent payor basic, PRUpayor PSA, PRUspouse payor PSA, PRUparent payor PSA, PRUwaiver, PRUspouse waiver, PRUparent waiver, 50% dari semua Manfaat yang berkenaan (sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500 000 ke atas mana-mana hayat di bawah polisi ini dan semua polisi-polisi yang lain) yang kena dibayar berhubung dengan penyakit ini akan dibayar. Baki jumlah akan dibayar apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau didiagnosis Penyakit Kritikal yang lain yang mana dahulu berlaku.

32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius. 
Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan. 
33. Pembedahan Otak.
Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.

34. Sindrom ‘APPALIC’.
Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.

35. Kecederaan Kepala Utama.
Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.

iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.

iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.

vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

36. Kehilangan Anggota Badan.
Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan. 

Anggaran Kos Perubatan Di Malaysia

Di bawah merupakan  anggaran kos perubatan di Malaysia yang telah direkodkan.

 Persoalannya:
1) Adakah anda yakin anda akan bebas dari salah satu penyakit berikut?
2) Adakah anda sedia maklum berkenaan kos perubatan yang tinggi dan semakin tinggi saban tahun?
3) Adakah anda telah menyediakan dana yang mencukupi untuk mendapatkan rawatan berkenaan?
4) Apakah yang akan berlaku kepada anda sekiranya anda disahkan menghidap penyakit dan memerlukan rawatan berterusan?
5)Adakah anda tahu bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan ini jika ditakdirkan ianya terjadi pada ANDA / KELUARGA?
6) Adakah anda telah mengambil langkah-langkah perlu bagi menangani permasalahan ini?

Jika kebanyakan dari soalan di atas, GAGAL dijawab...............BERTINDAK SEGERA SEBELUM TERLEWAT!
TAKAFUL hanya MELINDUNGI MEREKA YANG BEBAS PENYAKIT = SIHAT.
(Oleh itu, lindungi diri anda juga orang-orang yang anda sayangi sementara masih sihat*).

Hubungi saya di 018.3268710