Kenapa
tidak boleh Claim?
Selalu kita terdengar cerita-cerita yang mengatakan
insurans atau Takaful ni susah nak claim, terlalu leceh, penipu dan sebagainya.
Mungkin juga anda salah seorang yang memang mengalami sendiri pengalaman ini di
mana anda gagal membuat sebarang tuntutan dan akhirnya membuat keputusan untuk
berhenti sahaja dari menyimpan di Insurans/Takaful. Hakikat ini sememangnya di
fahami kerana pemegang akaun akan tertipu,marah dan merasakan menyimpan di
akaun ini sebagai perkara yang sia-sia sahaja.
Ada juga saya menerima
pertanyaan yang berkaitan dengan perkara ini sepanjang karier saya sebagai perunding Takaful. Dapat saya simpulkan disini bahawa terdapat 4 faktor utama kenapa pemegang akaun insurans atau
takaful gagal mendapatkan tuntutan (claim) mereka.
1) Polisi atau Sijil
lapsed
Polisi boleh jadi lapsed apabila
pemegang polisi atau sjil gagal membayar caruman dalam tempoh yang di tetapkan.
Selalunya tempoh ini bergantung kepada kekerapan bayaran
(bulanan,kuarter,dwi-tahunan dan tahunan) dan nilai tunai yang ada dalam akaun tersebut.Semakin sedikit nilai tunai, semakin cepat polisi menjadi lapsed.
Apabila polisi lapsed,ia tidak lagi berfungsi melindungi pemegang akaun
seperti yang sepatutnya. Umpama tayar simpanan kenderaan,walaupun sentiasa di
bawa bersama kereta, tapi tidak akan berguna jika tiada angin (biasalah, siapa
yang selalu check tayar spare?...) .Oleh itu, sebelum anda membuat sebarang
claim atau ingin menggunakan kemudahan kad perubatan, pastikan polisi atau
sijil anda masih aktif. Jika tidak, sudah pasti claim anda akan di tolak begitu
sahaja.
2) Akaun tidak
komprehensif
Terdapat pelbagai jenis plan
insurans atau takaful di pasaran.Pelan-pelan ini mempunyai objektif yang
berbeza mengikut keperluan pengguna. Ada pelan yang hanya memberikan
perlindungan Kemalangan Peribadi (PA), Insurans nyawa, Penyakit kritital dan
yang komprehensif.
Ramai yang silap faham atau tidak mengambil tahu apa jenis perlindungan yang ada di dalam akaun insurans/Takaful mereka. Oleh itu tidak hairanlah apabila tuntutan bil hospital ditolak kerana akaun insurans yang di ambil tidak mempunyai perlindungan hospital seperti Kad Perubatan dan sebagainya. Oleh itu, apabila anda mengambil sesuatu pelan Insurans atau Takaful, sila fahami dengan sebaiknya apa jenis perlindungan yang diberikan. Sebaik-baiknya, ambillah yang komprehensif dimana manfaat perlindungan menyeluruh meliputi :

a) Kematian/Lumpuh sepenuhnya
b) Penyakit Kritikal
c) Kemalangan
d) Kemudahan Penyelesaian Bil Hospital yang tinggi akibat apa-apa sahaja penyakit
b) Penyakit Kritikal
c) Kemalangan
d) Kemudahan Penyelesaian Bil Hospital yang tinggi akibat apa-apa sahaja penyakit
3) Gagal
mengisytiharkan maklumat cadangan dengan sempurna
Syarikat insuran tidak mengenali
anda dan tidak mengetahui samada anda adalah seorang yang berisiko rendah atau
sebaliknya untuk di insuranskan. Oleh sebab itu, semasa memohon sesuatu
insuran/takaful, pelanggan di kehendaki mengisytiharkan segala maklumat
peribadi dan maklumat berkenaan keadaan kesihatannya dengan sebaik mungkin.
Syarikat insuran akan menerima permohonan berdasarkan maklumat tersebut. Oleh
itu, jika berlaku sebarang kecuaian (samada secara sengaja atau tidak) ataupun
penipuan semasa pengisytiharan maklumat kesihatan, boleh menyebabkan tuntutan
di tangguhkan atau di tolak. Dalam sesetengah keadaan syarikat juga berhak
membatalkan polisi dan memulangkan semula segala caruman yang telah di bayar.
4) Tempoh menunggu
Sesuatu polisi biasanya mempunyai
tempoh menunggu tertentu sebelum ia boleh melindungi peserta daripada sesuatu
risiko. Sebagai contoh, Kad Perubatan hanya akan membayar kos rawatan penyakit
batu karang selepas 120 hari ia dikeluarkan. Jika peserta dimasukkan ke
hospital sebelum tempoh tersebut, syarikat berhak untuk menolak tuntutan yang
dibuat. Oleh itu, bagi yang masih bertangguh-tangguh untuk mengambil
insuran/takaful, buatlah keputusan segera kerana kita tidak dapat menjangka bila kita akan
memerlukannya. Jangan sampai di sebabkan sikap kita yang suka bertangguh, kita
tidak dapat membuat tuntutan hanya kerana polisi insurans/takaful kita tidak
cukup tempoh menunggu 1 hari!.
5) Pengecualian
A. Pengecualian Umum (General
Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan penyakit wanita (e.g. breast cancer), bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya (kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).
B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition".

Contoh, individu tersebut telah
menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan
apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku
akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi.
Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit
itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.
Jika insiden ini pernah berlaku pada anda, cuba anda semak dan belek semula polisi/sijil anda, kenapakah tuntutan anda ditolak?. Kemungkinan besar adalah disebabkan salah satu faktor diatas.
Jika insiden ini pernah berlaku pada anda, cuba anda semak dan belek semula polisi/sijil anda, kenapakah tuntutan anda ditolak?. Kemungkinan besar adalah disebabkan salah satu faktor diatas.
Oleh itu, disarankan untuk memahami pelan perlindungan yang anda mahukan dan periksa semula polisi insuran/Takaful sebaik sahaja ia sampai ke tangan anda.
HAK ANDA, KEUTAMAAN KAMI.
No comments:
Post a Comment