Adalah pemindahan risiko oleh seseorang individu atau sesebuah organisasi yang dikenali sebagai pemegang polisi kepada syarikat insurans. Sebagai balasan, syarikat insurans menerima pembayaran dalam bentuk premium. Sekiranya pemegang polisi menanggung kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan terhadap kerugian atau kerosakan tersebut.
Terdapat 2 jenis insurans, iaitu insurans hayat dan am:
- Insurans Hayat
- Menginsuranskan anda atau hayat anda terhadap sebarang musibah sehingga ke suatu amaun tertentu (amaun diinsuranskan)
- Tempoh perlindungan biasanya lebih dari setahun dan memerlukan pembayaran premium secara berkala-bulanan, suku-tahunan atau tahunan.
- Risiko yang dilindungi:
- kematian dalam tempoh polisi
- pendapatan semasa persaraan
- penyakit
- hilang upaya
- Produk Utama:
- polisi seumur hidup
- polisi endowmen
- polisi bertempoh
- polisi berkaitan pelaburan
- polisi anuiti
- polisi perubatan dan kesihatan
- Insuran Am
- Menginsuranskan anda terhadap kerugian atau kerosakan selain daripada yang ditawarkan oleh perniagaan insurans hayat
- Tempoh perlindungan selalunya setahun yang biasanya memerlukan pembayaran premium sekaligus
- Risiko yang dilindungi
- Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta atau kebakaran rumah
- Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh anda
- kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaan
- Produk utama
- polisi kenderaan bermotor
- polisi kebakaran/empunya rumah/isi rumah
- polisi kemalangan diri
- polisi perubatan dan kesihatan
- polisi marin, udara dan transit
TAKAFUL
Takrifan Takaful adalah sebagai tindakan sekumpulan individu yang berhasrat untuk saling menjamin antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut dari kerugian atau kerosakan yang mungkin menimpa ke atas salah seorang daripada mereka.
CIRI-CIRI UTAMA OPERASI TAKAFUL
- Pihak syarikat atau pengendali takaful bukanlah pihak yang menanggung risiko tetapi pesertalah yang saling menjamin dan bersetuju melindungi antara satu sama lain.
- Syarikat bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak beserta dalam usaha untuk menguruskan operasi perniagaan takaful.
- Semua sumbangan(premium) yang dibayar oleh peserta akan dikumpulkan ke dalam KUMPULAN WANG TAKAFUL bagi tujuan pembayaran manfaat takaful.
- Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam mana-mana bidang pelaburan yang diluluskan oleh Majlis Syariah.
Takaful boleh disimpulkan sebagai satu bentuk alternatif kepada insurans konvensional. Operasi perniagaan Takaful bertindak sebagai salah satu pemain kewangan Islam dalam pasaran ekonomi sama juga seperti perbankan islam yang lain.
Pengguna mempunya hak untuk memilih jenis produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka berkaitan kewangan dan perlindungan dalam aspek pendidikan, perubatan, kesihatan dan pelaburan.
CIRI-CIRI UNIK TAKAFUL
1. KONSEP DERMA IKHLAS atau 'TABARRU'
Dalam kontrak Takaful, apa yang dimaksudkan dengan Tabarru' ialah sejumlah tertentu derma ikhlas yang dibuat oleh peserta bagi tujuan yang tertentu seperti dinyatakan dalam perjanjian atas semangat persaudaraan dan saling bekerjasama. Dana ini akan digunakan untuk membantu ahli yang ditimpa musibah.
Tanpa konsep derma, urusniaga akan bersifat jualbeli insuran iaitu membeli janji bahawa beberapa bentuk manfaat akan dibayar sekiranya peserta menghadapi nasib malang.
Peserta mesti sedar bahawa sumbangan ikhlas yang dihulur bukan sahaja membolehkan dirinya dan saudara-saudaranya yang lain diberi perlindungan, malah ia juga akan diberi ganjaran di akhirat kelak.
2.PERKONGSIAN LEBIHAN (KEUNTUNGAN)
Satu ciri unik bagi pelan takaful adalah perkongsian lebihan dana
antara anda dengan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah
dipersetujui.- Lebihan tersebut diperoleh setelah ditolak belanja seperti tuntutan,takaful semula, rizab teknikal dan belanja pengurusan
- Anda layak berkongsi lebihan ini sekiranya anda tidak membuat apa-apa tuntutan dalam tempoh takaful.
2.PELABURAN PATUH SYARIAH
Sebagai langkah memastikan pematuhan prinsip-prinsip Syariah:
- Penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk memberi nasihat kepada pihak pengurusan dan memastikan bahawa aktiviti-aktiviti pengendali Takaful mematuhi prinsip-prinsip Syariah
- Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan bagi Perbankan Islam dan Takaful telah ditubuhkan di Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi nasihat kepada BNM tentang aspek-aspek Syariah bagi operasi institusi perbankan Islam dan pengendali-pengendali takaful serta produk dan perkhidmatan mereka.
No comments:
Post a Comment