Wednesday, 25 September 2013

PRUBSN LINK SERIES - FIRSTLINK (19-25TAHUN)

Fleksibiliti sepenuhnya di tangan anda –
Dapatkan tawaran perlindungan dan pelaburan yang tepat samaada anda akan memperoleh ijazah anda, memulakan keluarga atau merancang untuk persaraan, anda perlu miliki sebuah pelan kewangan yang kukuh bagi menyokong matlamat anda serta menyediakan anda untuk sebarang ketidakpastian dalam kehidupan.

Dengan PruBSN Link Series, anda boleh membina pelan keseluruhan hidup anda yang dapat menampung keperluan dan keutamaan anda yang berubah supaya anda dan yang tersayang dapat meneruskan kehidupan dengan selesa, walaupun apa saja kemungkinan berlaku.

Tiga langkah mudah ini akan memberi panduan kepada anda dalam mengenal pasti aras perlindungan dan simpanan sesuai yang anda perlukan buat masa kini dan untuk masa hadapan. Tambahan lagi, anda boleh memilih untuk mempertingkatkan pelan anda dengan manfaat tambahan unik kami, yang direka untuk melengkapi keperluan anda yang meningkat.

1.PruBSN FirstLink
Mulakan langkah Pertama dengan Pelan Ideal PruBSN FirstLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang memberi anda kebebasan untuk mengubahsuai pelan anda bagi memenuhi keperluan gaya hidup anda pada setiap peringkat kehidupan anda.
Pelan ini juga meraikan pencapaian dalam kehidupan anda melalui ciri uniknya, Bonus AchieveFirst.
PruBSN FirstLink adalah sesuai jika anda berumur diantara 19 dan 25 tahun. Dengan sumbangan minimum berjumlah RM100 sebulan, anda boleh memilih supaya pelan anda matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun.

Manfaat-manfaat unik berikut disediakan hanya untuk anda melalui PruBSN FirstLink.

1.Raikan pencapaian peringkat kehidupan anda*
Sempurnakan salah satu daripada peristiwa-peristiwa berikut dan kami akan RAIKAN pencapaian anda melalui Bonus AchieveFirst1.Anda akan menerima RM500 jika anda berjaya melakukan peristiwa tersebut sebelum anda mencapai umur 50 tahun. Anda boleh membuat tuntutan ini sekali sahaja.
Membeli rumah pertama anda
Berkahwin
Apabila anak anda dilahirkan
Menunaikan ibadah Haji
Menunaikan ibadah Umrah
Memperoleh ijazah pasca siswazah

2.Peroleh Bonus Loyalti*
Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan
perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu.

3.Perlindungan berterusan semasa tempoh sukar**
Pelan ini memastikan bahawa perlindungan anda akan berterusan sehingga enam bulan jika anda
tidak mampu membayar sumbangan akibat kehilangan pekerjaan.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.
**Merujuk kepada pengangguran secara terpaksa. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda boleh meningkatkan taraf perlindungan anda dengan manfaat-manfaat tambahan berikut untuk memenuhi keperluan kewangan anda.

1.Dapatkan perlindungan perubatan dan kesihatan
Medic Essential adalah satu pelan perubatan yang berpatutan. Ianya membayar balik bil-bil perubatan untuk kemasukan ke hospital dan pembedahan. Pilih daripada 5 pelan yang disediakan mengikut keperluan anda.
Anda juga boleh mengambil Hospital Benefit untuk pendapatan tambahan bagi kemasukan ke hospital.

2.Sediakan pendapatan untuk yang tersayang
Pilih Family Income Benefit komprehensif kami yang akan membantu anda atau keluarga anda dengan menyediakan pendapatan bulanan jika anda menghidapi penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa.

3.Perlindungan terhadap kemalangan
Pilih daripada tiga manfaat kemalangan utama kami, iaitu Accidental Death & Disablement, Accidental Medical Reimbursement dan Weekly Indemnity.

4. Tingkatkan dana simpanan anda
Gandakan simpanan anda melalui pelaburan dengan Takaful Saver sama ada dalam Takafulink Dana Ekuiti atau Takafulink Dana Ekuiti Dinasti. Dana-dana agresif ini bersesuaian dengan anda jika anda mempunyai toleransi risiko yang tinggi.


*Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan
dan sumbangan tambahan.

No comments:

Post a Comment